Cara Pengeluaran KWSP Akaun 3 yang Anda Perlu Tahu - Pesan by Qoala (2024)

Cara Pengeluaran KWSP Akaun 3 yang Anda Perlu Tahu - Pesan by Qoala (1)

Shafiq Wahab

May 13, 2024 ⦿ 3 mins read

Kali terakhir diperbaharui May 23, 2024 oleh Shafiq Wahab

Cara Pengeluaran KWSP Akaun 3 yang Anda Perlu Tahu - Pesan by Qoala (2)

Penstrukturan Semula Akaun KWSP dilakukan kepada semua ahli yang berusia bawah 55 tahun. Simpanan KWSP distruktur semula kepada tiga akaun – Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2) dan Akaun Fleksibel (atau KWSP Akaun 3). Pengeluaran KWSP Akaun 3 boleh dilakukan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli. Pengeluaran Akaun 3 KWSP tidak seperti pengeluaran Akaun 2 dan Akaun 1 yang tertakluk pada kriteria pengeluaran tertentu.

Table of Contents

Panduan Pengeluaran KWSP Akaun 3 Melalui KWSP i-Akaun

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan Akaun 3 KWSP bagi memberikan fleksibiliti kepada pencarum untuk membuat pengeluaran dalam situasi mendesak. Berikut merupakan panduan lengkap permohonan pengeluaran KWSP Akaun 2 (atau Akaun Fleksibel) melalui i-Akaun KWSP untuk rujukan anda:

Cara Pengeluaran KWSP Akaun 3 yang Anda Perlu Tahu - Pesan by Qoala (3)

1. Log Masuk ke Aplikasi KWSP i-Akaun

Pilih menu Pengeluaran, seterusnya pilih Keluarkan Simpanan Anda. Jumlah pengeluaran yang dibenarkan akan dipaparkan di bahagian kanan atas “Anda boleh mengeluarkan sehingga RMXXXX”.

2. Pilih Jenis Pengeluaran

Kemudian, pilih jenis pengeluaran anda – pilih pengeluaran KWSP Akaun 3 (Akaun Fleksibel).

3. Masukkan Jumlah Pengeluaran

Klik Keluar Sekarang dan masukkan jumlah pengeluaran yang anda perlukan. Kemudian, pilih Teruskan.

4. Pilih atau Kemas Kini Maklumat Bank

Seterusnya, pilih bank pilihan anda atau kemas kini akaun bank sedia ada (jika perlu). Kemudian, pilih Teruskan.

5. Lakukan Perakuan Ahli

Pilih Terima jika anda bersetuju dengan perakuan ahli dan masukkan nombor TAC yang diterima melalui telefon bimbit berdaftar anda. Permohonan anda berjaya dihantar. Bayaran akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun bank anda.

Cara Pengeluaran KWSP Akaun 3 yang Anda Perlu Tahu - Pesan by Qoala (4)

Untuk rekod, anda boleh membuat pengeluaran sekali sehari dengan pengeluaran minimum sebanyak RM50. Untuk pengeluaran KWSP Akaun 3 melebihi RM250, proses e-KYC secara dalam talian perlu dilakukan. Selain pengeluaran KWSP Akaun 3 melalui KWSP i-Akaun, permohonan pengeluaran juga boleh dilakukan dengan mudah tanpa menggunakan borang di mana-mana pejabat KWSP berhampiran anda.​

Perkara Penting Anda Perlu Tahu Tentang Pengeluaran KWSP Akaun 3

Selain cara pengeluaran Akaun 3 KWSP, penting untuk anda tahu syarat pengeluaran, dokumen sokongan yang diperlukan dan proses pengesahan cap jari bagi membantu memudahkan proses anda seperti berikut:

1. Syarat Pengeluaran

Ahli yang ingin membuat pengeluaran Akaun 3 perlu melepasi syarat-syarat berikut:

  • Terbuka kepada Warganegara dan Bukan Warganegara;
  • Belum mencapai usia 55 tahun;
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel – pindahan dana perlu dilakukan terlebih dahulu, rujuk sini;
  • Pengeluaran boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan had minimum pengeluaran serendah RM50;
  • Anda boleh membuat pindahan amaun permulaan bermula 12 Mei sehingga 31 Ogos 2024. Pindahan ke Akaun Fleksibel hanya boleh dibuat sekali sahaja dan tidak boleh dibatalkan. Sekiranya anda tidak membuat pindahan amaun permulaan, baki sedia ada dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera akan kekal.

2. Dokumen Sokongan

Ahli tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan untuk melakukan pengeluaran KWSP Akaun 3. Walau bagaimanapun, ahli perlu memastikan status akaun bank yang disediakan adalah aktif bagi memastikan proses pembayaran boleh dilakukan dengan teratur.

3. Pengesahan Cap Jari

Individu yang ingin melakukan pengeluaran KWSP Akaun 3 melebihi RM250 perlu melalui proses e-KYC. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu hadir ke pejabat KWSP kerana proses pengesahan identiti ini boleh dibuat secara dalam talian*.

*tertakluk pada sejarah rekod ahli dan amaun pengeluaran tidak melebihi RM30,000.

Namun begitu, jika anda tiada rekod pengeluaran atau maklumat akaun bank berbeza dengan rekod pengeluaran terdahulu, anda perlu melakukan pengesahan identiti melalui:

  • Pengesahan cap ibu jari melalui Self-Service Terminal (SST) KWSP bagi permohonan pengeluaran melebihi RM10,000; ATAU
  • Pengesahan secara dalam talian tertakluk pada amaun permohonan pengeluaran tidak melebihi RM10,000.

Cara Pengeluaran KWSP Akaun 3 yang Anda Perlu Tahu - Pesan by Qoala (5)

Urus Kewangan Anda dengan Baik untuk Keselesaan Masa Depan

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP (KWSP Akaun 3) yang berkuat kuasa 12 Mei 2024 dilakukan bertujuan untuk menambah baik keselamatan pendapatan persaraan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.

Meskipun pengeluaran KWSP Akaun 3 boleh dilakukan pada bila-bila masa, penting untuk anda menguruskan kewangan anda dengan baik. Elakkan daripada melakukan pengeluaran untuk perkara-perkara tidak penting seperti ubah-suai kereta atau pembelian barangan berjenama mewah.

Anda digalakkan untuk melakukan pengeluaran KWSP Akaun 3 pada waktu kecemasan dan memenuhi keperluan yang mendesak. Perancangan kewangan penting bagi mengelakkan anda daripada berbelanja secara berlebihan,hutang yang tidak terurus atau kebankrapan.

Selain itu, sekiranya anda sedang mempertimbangkan perlindungan insurans untuk jaminan perlindungan masa depan anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik di Malaysia.

Cara Pengeluaran KWSP Akaun 3 yang Anda Perlu Tahu - Pesan by Qoala (2024)
Top Articles
Latest Posts
Article information

Author: Amb. Frankie Simonis

Last Updated:

Views: 5851

Rating: 4.6 / 5 (56 voted)

Reviews: 87% of readers found this page helpful

Author information

Name: Amb. Frankie Simonis

Birthday: 1998-02-19

Address: 64841 Delmar Isle, North Wiley, OR 74073

Phone: +17844167847676

Job: Forward IT Agent

Hobby: LARPing, Kitesurfing, Sewing, Digital arts, Sand art, Gardening, Dance

Introduction: My name is Amb. Frankie Simonis, I am a hilarious, enchanting, energetic, cooperative, innocent, cute, joyous person who loves writing and wants to share my knowledge and understanding with you.